Jual Daging Lembu Campur Dengan Daging Babi Hutan - Apa Sudah Jadi Indonesia


PetaiPediaI
Jember: Polis menangkap seorang penjual daging dan rakannya kerana menjual daging lembu dicampur dengan daging babi hutan di sebuah pasar di Jenggawah, daerah Ajung di sini, semalam.
Menurut Kompas, Ketua Polis Jenggawah, Udik Budiarso, berkata sepasukan anggota polis menyerbu kedai menjual daging lembu itu dan menahan pemiliknya dikenali sebagai Hasan, 53.
Katanya, polis juga menahan seorang lelaki dikenali sebagai Abu Nimin, 55, yang membekalkan daging babi hutan kepada Hasan.

“Kami mula menyiasat lelaki ini selepas orang ramai mengadu suspek menjual daging lembu yang harganya lebih murah berbanding peniaga lain.
“Selepas membuat risikan dan siasatan, kami berjaya menangkap pemilik kedai ini dan pembekal daging babi hutan itu,” katanya.
Menurutnya, beberapa daging babi hutan yang digantung di kedai lelaki itu untuk dijual sebagai daging lembu, dirampas.

Sementara itu, Hasan berkata, dia sudah setahun menjual daging babi hutan dengan membeli daripada Abu, 55, pada harga murah.
“Saya sebelum ini menjual daging lembu sepenuhnya namun untung sedikit kerana kerana harganya mahal.

“Saya mengambil keputusan mencampur daging babi hutan kerana harganya lebih murah dan mendapat keuntungan berlipat ganda,” jelasnya.

Baru Bukak Mata: Setelah UMNO Sekarang Dah Tersesat


PetaiPediaI

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini mula membuka matanya, terhadap kepincangan yang berlaku di negara ini.

Berucap dalam program #BebasAnwar di pekarangan penjara Sungai Buloh malam tadi, Nurul Izzah berkata, sehinggakan Mahathir bertemu ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk 'melakukan sesuatu'.

"Hari ini seorang sosok bernama Tun Dr Mahathir Mohamad boleh membuka matanya sendiri, datang ke mahkamah menyatakan pendirian, ia kini tiba masanya kita harus bekerjasama untuk menjatuhkan menerusi pilihan raya Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Terdahulu, pada tengah hari semalam, Mahathir bertemu Anwar selama 45 minit di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua mereka bersetuju mengenai keadaan politik semasa negara dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus berundur.

Oleh itu, Nurul Izzah menyeru kepada para penyokongnya untuk terus bekerja kuat bagi membolehkan pembangkang memenangi PRU pada masa akan datang.

"Ini bukan masa untuk berputus masa, ini masa kita lawan habis-habisan untuk  pastikan kejayaan dalam PRU.

"Lupakan kesengsaraan peribadi, kuatkan iltizam mahu selamatkan anak cucu kita," katanya.