Pilihan Raya Umum ke 14, Bakal Menjadi Yang Terkotor Dalam Sejarah Malaysia


PetaiPedia


SHAH ALAM 9 MEI: Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) bakal menjadi withering kotor dalam sejarah pilihan raya Malaysia, kata Nurul Izzah Anwar.

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN itu berkata, ia susulan penipuan dan manipulasi yang dilakukan ke atas senarai daftar pemilih. Katanya, tindakan tersebut bertujuan supaya pemilih terkeluar daripada senarai mengundi.

Menurut beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga gagal mengendalikan compositions bantahan kes siasatan awam melibatkan daftar pemilih. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, dalam compositions bantahan, pengundi terpaksa menunggu sehingga enam bulan sebelum namanya dimasukkan ke dalam daftar pemilih.

"Apa yang kita bangkitkan adalah berkenaan hak pengundi. Nampak sangat cara sistematik tersusun cubaan untuk menipu dalam pilihan raya. "Saya sedang meniupkan semboyan amaran bahawa PRU Ke-14 bakal menjadi pilihan raya terkotor," kata Nurul Izzah pada sidang media di Pejabat SPR Selangor, pagi ini.

Sambungnya, penipuan ini menjadikan sistem pilihan raya di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak withering teruk. "Bukan sesuatu yang mengejutkan untuk meminta Pengerusi SPR meletak jawatan sekarang.

"Ternyata sistem pilihan raya period Datuk Seri Najib lagi bobrok berbanding Perdana Menteri sebelumnya," ujar Nurul Izzah. Beliau sebelum itu memantau compositions siasatan awam daftar pemilih bagi kawasan Parlimen Kapar.

Sebanyak 505 kes daftar pengundi yang dibantah untuk dibicarakan hari ini bermula 9 pagi sehingga 5 petang. Mengulas lanjut, kata Nurul Izzah lagi, setiap isu yang dibangkitkan merupakan bantahan yang telah dibangkit pada 2011 semasa jawatankuasa pilihan raya khas berkait dengan reformasi

Petikan: KeAdilan

Ular Tedung Disangka Tayar Basikal, Oh Nenek


PetaiPedia

Seorang warga emas berusia 78 tahun terkejut apabila objek kekuningan yang disangkanya roda basikal buruk rupa-rupanya adalah seekor ular tedung berbisa sepanjang kira-kira empat meter.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi kelmarin, Rohani Hamis berkata, dia sebelum itu mahu mencari tajak dan kemudiannya ternampak haiwan berkenaan berada di kawasan pokok keladi berhampiran bilik air di bahagian belakang rumahnya di Sawah Sempadan di sini.

"Sebelum itu saya ternampak satu benda seperti roda basikal buruk. Saya hairan juga sejak bila ada roda buruk di situ.
Photo Google File

"Kemudiannya selepas saya amati, rupa-rupanya benda itu merupakan seekor ular tedung selar...alangkah terkejutnya saya. Saya kemudiannya terus ke dalam rumahnya untuk mencari belerang dan garam sebelum menaburkan di kawasan sekeliling bilik air bagi mengelakkan ular itu masuk.

"Bagaimanapun, ular itu kemudiannya saya dapati tiba-tiba telah berada di tepi kolah di dalam bilik air pula," katanya memaklumkan penemuan haiwan itu kepada anaknya, Al-Mizan Azizan, 35.

Sementara itu, Al-Mizan ketika ditemui berkata, ular itu dari segi ukurannya adalah besar dan panjang manakala sisiknya pula sebesar saiz kuku orang dewasa.

Petikan Utusan

Umphh Sedap Nyerrrr !


PetaiPediaI

Cara cara Buat:



Cara-cara dia,
1- Sediakan blender (kalu tak der beli)
2- Masukkan ice (kat dalam peti tuh, kalu tak der peti beli satu tak pon beli ice kat 7eleven)
3- Masuk sikit
4- Masukkan pati Delima
5- Masukkan gula sedikit atau secukup rasa.
Kemudian blend- dah siap pon
 

Jual Daging Lembu Campur Dengan Daging Babi Hutan - Apa Sudah Jadi Indonesia


PetaiPediaI
Jember: Polis menangkap seorang penjual daging dan rakannya kerana menjual daging lembu dicampur dengan daging babi hutan di sebuah pasar di Jenggawah, daerah Ajung di sini, semalam.
Menurut Kompas, Ketua Polis Jenggawah, Udik Budiarso, berkata sepasukan anggota polis menyerbu kedai menjual daging lembu itu dan menahan pemiliknya dikenali sebagai Hasan, 53.
Katanya, polis juga menahan seorang lelaki dikenali sebagai Abu Nimin, 55, yang membekalkan daging babi hutan kepada Hasan.

“Kami mula menyiasat lelaki ini selepas orang ramai mengadu suspek menjual daging lembu yang harganya lebih murah berbanding peniaga lain.
“Selepas membuat risikan dan siasatan, kami berjaya menangkap pemilik kedai ini dan pembekal daging babi hutan itu,” katanya.
Menurutnya, beberapa daging babi hutan yang digantung di kedai lelaki itu untuk dijual sebagai daging lembu, dirampas.

Sementara itu, Hasan berkata, dia sudah setahun menjual daging babi hutan dengan membeli daripada Abu, 55, pada harga murah.
“Saya sebelum ini menjual daging lembu sepenuhnya namun untung sedikit kerana kerana harganya mahal.

“Saya mengambil keputusan mencampur daging babi hutan kerana harganya lebih murah dan mendapat keuntungan berlipat ganda,” jelasnya.

Baru Bukak Mata: Setelah UMNO Sekarang Dah Tersesat


PetaiPediaI

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini mula membuka matanya, terhadap kepincangan yang berlaku di negara ini.

Berucap dalam program #BebasAnwar di pekarangan penjara Sungai Buloh malam tadi, Nurul Izzah berkata, sehinggakan Mahathir bertemu ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk 'melakukan sesuatu'.

"Hari ini seorang sosok bernama Tun Dr Mahathir Mohamad boleh membuka matanya sendiri, datang ke mahkamah menyatakan pendirian, ia kini tiba masanya kita harus bekerjasama untuk menjatuhkan menerusi pilihan raya Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Terdahulu, pada tengah hari semalam, Mahathir bertemu Anwar selama 45 minit di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua mereka bersetuju mengenai keadaan politik semasa negara dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus berundur.

Oleh itu, Nurul Izzah menyeru kepada para penyokongnya untuk terus bekerja kuat bagi membolehkan pembangkang memenangi PRU pada masa akan datang.

"Ini bukan masa untuk berputus masa, ini masa kita lawan habis-habisan untuk  pastikan kejayaan dalam PRU.

"Lupakan kesengsaraan peribadi, kuatkan iltizam mahu selamatkan anak cucu kita," katanya.