Seorang warga emas berusia 78 tahun terkejut apabila objek kekuningan yang disangkanya roda basikal buruk rupa-rupanya adalah seekor ular tedung berbisa sepanjang kira-kira empat meter.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi kelmarin, Rohani Hamis berkata, dia sebelum itu mahu mencari tajak dan kemudiannya ternampak haiwan berkenaan berada di kawasan pokok keladi berhampiran bilik air di bahagian belakang rumahnya di Sawah Sempadan di sini.
"Sebelum itu saya ternampak satu benda seperti roda basikal buruk. Saya hairan juga sejak bila ada roda buruk di situ.
![]() |
| Photo Google File |
"Kemudiannya selepas saya amati, rupa-rupanya benda itu merupakan seekor ular tedung selar...alangkah terkejutnya saya. Saya kemudiannya terus ke dalam rumahnya untuk mencari belerang dan garam sebelum menaburkan di kawasan sekeliling bilik air bagi mengelakkan ular itu masuk.
"Bagaimanapun, ular itu kemudiannya saya dapati tiba-tiba telah berada di tepi kolah di dalam bilik air pula," katanya memaklumkan penemuan haiwan itu kepada anaknya, Al-Mizan Azizan, 35.
Sementara itu, Al-Mizan ketika ditemui berkata, ular itu dari segi ukurannya adalah besar dan panjang manakala sisiknya pula sebesar saiz kuku orang dewasa.
Petikan Utusan

0 ulasan:
Catat Ulasan